Search This Blog

Tuesday, 13 December 2011

Gawai Festival 2011

Cook Together Eat Together

Untuk pengetahuan para pembaca semua yg rupa cam pokok sawit tengah2 tu merupakan ' Ranyai ' dalam bahasa Iban yg membawa maksud sebagai peringatan selepas musim menuai. Ranyai ini didirikan dengan menggunakan upacara ' Miring ' supaya ianya membawa berkat. Di sekeliling ranyai digantung pelbagai jenis makanan yg disumbangkan oleh penduduk kampung. Antaranya kuih tradisional dan juga tuak. Selepas itu, penduduk kampung atau tetamu yg datang menari tarian ngajat untuk memotong dan mengambil makanan yg digantung. 


Upacara memotong ranyai dimulakan dengan ketua kampung iaitu penyelaras homestay rh Hillary Tawan Longhouse.



Peralatan yang digunakan untuk Miring.. Miring merupakan adat lama kaum Iban sebelum mereka mempunyai agama tetap iaitu Kristian. Walaubagaimanapun masih terdapat keluarga di rumah panjang ini yang mengamalkan adat miring ini.. Pendek kata kira kafir lah...


Upacara Miring Sedang Berlangsung


Karaoke Time

Tarian Poco-poco

Sekian lah sudah kisah perayaan Hari Gawai yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Iban di Sarawak. Homestay kami juga menyediakan Season Package seperti pakej musim buah, pakej sambutan hari gawai dan juga pakej Baram Regatta. Untuk makluman lanjut sila rujuk tajuk pakej yg akan datang nanti.



Monday, 12 December 2011

Malaysia Boleh by Ricky Andrewson



Lagu Malaysia Boleh ini bermaksud mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya ke rumah-rumah panjang.. dan juga mengenang jasa pemimpin Malaysia.

LATAR BELAKANG KAMPUNG

Rumah panjang Hillary Tawan, Marudi merupakan sebuah rumah panjang yang berkonsepkan moden dan tradisional. Penghuni di rumah panjang ini terdiri daripada 16 buah keluarga dan 13  daripadanya telah terpilih untuk mengusahakan homestay ini.Penduduk di rumah panjang ini terdiri daripada etnik terbesar di Sarawak iaitu bangsa Iban. Masyarakat Iban mempunyai keunikannya tersendiri, baik dari pakaian tradisional, budaya, makanan dan juga adat resam. Lokasi rumah panjang ini, hanyalah terletak kira-kira 30 minit dari pekan Marudi dan boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan darat seperti kereta.

Gambar Homestay Rumah Panjang Hillary Tawan.


Suasana Bahagian Belakang Rumah Panjang


AKTIVITI EKONOMI

Aktiviti ekonomi utama penduduk rumah panjang tersebut adalah sebagai petani, penoreh getah, bercucuk tanam dan mengerjakan dusun buah-buahan. Terdapat juga segelintir daripada mereka bekerja di sektor awam dan swasta.

SEJARAH RUMAH PANJANG


Rumah Panjang ini juga dikenali sebagai Poyut B, Sg. Engkala. Lokasinya yang unik dengan dikelilingi 3 buah sungai iaitu Sg.Engkala, Sg.Poyut dan Sg. Titi Achang memperlihatkan rumah panjang ini seperti berada di tengah2 pulau. Nama Poyut B berasal dari nama sungai Poyut dan ada 2 buah rumah panjang yang menggunakan nama Poyut iaitu Poyut A & B. Sg Engkala pula diadaptasi daripada pokok-pokok buah Engkala yang banyak terdapat di tapak rumah panjang kini.

Wednesday, 7 December 2011

PENGENALAN

Salam 1 Malaysia buat pembaca & pengunjung blog saya ini... maaf sebab blog saya ni agak simple.. ( psst.. baru berkecimpung dalam bidang blog ni.. hehe tunjuk ajar dari teman-teman semua adalah dialu-alukan..) blog saya ni bukan berkenaan dengan empunya diri melainkan berkenaan dengan kg ku yg tercinta.. tangal 30/9/2011 homestay Hillary Tawan longhouse telah selamat dirasmikan dengan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan & Warisan Sarawak, RTM dan juga wartawan majalah Santai.. apa yang menarik pada hari bersejarah tersebut adalah serentak dengan pesta lumba perahu Baram Regatta... erm agak sibuk juga time tu tapi puas hati semua berjalan dengan lancar.

Bercakap mengenai Baram Regatta ianya merupakan salah satu pesta yang amat terkenal di Sarawak dan Baram Regatta adalah ibu kepada segala regatta di Sarawak. Marudi yang dulunya dikenali sebagai Cape Town dan kemudian Baram... dan seterusnya Marudi, Baram... merupakan pekan kecil dan yang tertua di Sarawak.. Jika anda berminat untuk mengenali budaya etnik Sarawak, Marudi adalah tempat yang betul.. kerana di sini anda masih dapat melihat sendiri kepelbagaian etnik seperti Iban, Orang Ulu, Penan dan juga Kelabit.. Pekan Marudi sendiri mempunyai tarikan bagi pelancong yang gemarkan suasana harmoni.... dan tenang semasa melancong.. Kubu merupakan taman di atas bukit yang terletak di pekan Marudi dan di Kubu ini anda dapat melawat Mini Muzium dimana terletak nya Sape terbesar di Sarawak.. dan seterusnya menikmati keindahan aliran arus Sungai Baram yang tidak sunyi daripada bunyi bot penumpang / ekspres yang menjadi pengangkutan utama kepada penduduk Baram khususnya dari kawasan hulu...