Search This Blog

Monday, 12 December 2011

LATAR BELAKANG KAMPUNG

Rumah panjang Hillary Tawan, Marudi merupakan sebuah rumah panjang yang berkonsepkan moden dan tradisional. Penghuni di rumah panjang ini terdiri daripada 16 buah keluarga dan 13  daripadanya telah terpilih untuk mengusahakan homestay ini.Penduduk di rumah panjang ini terdiri daripada etnik terbesar di Sarawak iaitu bangsa Iban. Masyarakat Iban mempunyai keunikannya tersendiri, baik dari pakaian tradisional, budaya, makanan dan juga adat resam. Lokasi rumah panjang ini, hanyalah terletak kira-kira 30 minit dari pekan Marudi dan boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan darat seperti kereta.

Gambar Homestay Rumah Panjang Hillary Tawan.


Suasana Bahagian Belakang Rumah Panjang


AKTIVITI EKONOMI

Aktiviti ekonomi utama penduduk rumah panjang tersebut adalah sebagai petani, penoreh getah, bercucuk tanam dan mengerjakan dusun buah-buahan. Terdapat juga segelintir daripada mereka bekerja di sektor awam dan swasta.

SEJARAH RUMAH PANJANG


Rumah Panjang ini juga dikenali sebagai Poyut B, Sg. Engkala. Lokasinya yang unik dengan dikelilingi 3 buah sungai iaitu Sg.Engkala, Sg.Poyut dan Sg. Titi Achang memperlihatkan rumah panjang ini seperti berada di tengah2 pulau. Nama Poyut B berasal dari nama sungai Poyut dan ada 2 buah rumah panjang yang menggunakan nama Poyut iaitu Poyut A & B. Sg Engkala pula diadaptasi daripada pokok-pokok buah Engkala yang banyak terdapat di tapak rumah panjang kini.

No comments:

Post a Comment